Kamis, 06 Desember 2012

alam manusia dan budaya


Kesan Globalisasi di Malaysia

Definisi Globalisasi
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat. Manakala cendikiawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu
proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan
seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di
dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia
tanpa sempadan.

Dana Kewangan Antarabangsa mentakrifkan globalisasi sebagai pergantungan
ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan
kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan
antarabangsa bebas, dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas. Pada
masa yang sama, Forum Antarabangsa mengenai Globalisasi mendefinisikan ia
sebagai gerakan dunia kepada satu sistem ekonomi sejagat yang didominasi
perdagangan korporat dan institusi supranasional yang tidak dipertanggungjawab
kepada proses demokrasi atau kerajaan-kerajaan negara. Walaupun ahli teori yang
kritikal seperti Immanuel Wallerstein menekankan yang globalisasi tidak boleh difahami
secara berasingan daripada sejarah perkembangan sistem kapitalis dunia, definisi-
definisi berlainan dan saling bertentangan ini menggariskan debat berterusan mengenai
peranan dan perhubungan kerajaan, koperasi dan individu dalam memaksimakan
kebajikan sosial dalam paradigma globalisasi. Ia jelas bahawa globalisasi mempunyai
aspek ekonomi, politik, budaya dan teknologi yang terikat. Oleh kerana aspek-aspek ini
adalah kunci kepada kualiti kehidupan seseorang individu, kebaikan dan keburukan
yang menimpa disebabkan globalisasi mewujudkan pertikaian yang kuat.
kesan Globalisasi di Malaysia dari Sudut Sosial

Kekeluargaan

terdapat pelbagai kesan yang dapat dilihat daripada globalisasi. Kesan tersebut terdiri
daripada kesan positif dan kesan negatif. Salah satu kesan positif yang dapat dilihat
ialah lebih ramai wanita yang sudah berkeluarga ataupun yang belum berkeluarga
terlibat dalam pelbagai lapangan kerjaya. Kesan ini dilihat positif kerana dapat
mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Selain itu, peningkatan bilangan
wanita yang berpendidikan tinggi dapat memenuhi permintaan dalam pasaran kerja di
Malaysia seterusnya mengurangkan kadar kebergantungan terhadap tenaga mahir
asing. Namun begitu, terdapat juga kesan negatif. Salah satu kesan negatif tersebut
ialah perceraian serta gejala sosial serta budaya kuning yang semakin menular. Kesan
tersebut dapat dilihat daripada peningkatan kes perceraian sejak akhir-akhir ini.
Peningkatan tersebut mungkin disebabkan kurangnya fahaman serta didikan dalam
agama disebabkan kemajuan serta globalisasi yang dicapai, pendidikan agama
diketepikan. Selain daripada kes cerai, peningkatan juga dapat dilihat daripada kes
penderaan terhadap wanita serta kanak-kanak. Sesungguhnya Islam melarang keras
perbuatan tersebut kerana ia bukan sahaja salah di sisi agama, malahan bertentangan
dengan norma kehidupan manusia biasa.



Pemakanan
Seperti mana yang kita lihat sekarang ini, makanan Jepun sudah ada di mana-mana.
Restoran serta francais yang mengedarkan makanan Jepun juga tumbuh bak
cendawan. Makanan Amerika pula semakin popular di Jepun serta serata negara lain.
Mc Donald misalnya, mempunyai 10,500 buah restoran di 50 buah negara di dunia
manakala Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,750 restoran di 58 buah
negara. Fenomena yang berlaku ini merupakan salah satu daripada globalisasi yang
melanda bidang pemakanan. Malaysia juga tidak terkecuali sebagai salah sebuah
negara penyumbang kepada kemajuan francais makanan tersebut. Dengan kewujudan
restoran serta francais makanan tersebut, rakyat Malaysia boleh menikmati hidangan
yang enak serta tempat yang selesa yang disediakan pihak restoran walaupun
harganya sedikit mahal berbanding restoran biasa. Perkhidmatan yang ditawarkan juga
amat memuaskan memandangkan mereka telah menetapkan piawaian yang tinggi atau
cara kerja yang positif dalam organisasi bermula daripada pekerja biasa hinggalah
kepada pihak atasan.
tidak hairanlah, perniagaan makanan ringan tersebut dapat
bertapak dengan kukuh serta berkembang hingga ke hari ini. Kemasukan perniagaan
makanan ringan daripada barat ini sebenarnya telah membuka banyak peluang
pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hal ini seterusnya akan mengurangkan kadar
pengangguran serta mengurangkan gejala social dalam kalangan belia. Selain itu,
proses penyediaan makanan yang disediakan juga telah mendapat pengesahan status
halal daripada pihak berkuasa. Namun begitu, terdapat juga kesan negatif daripada
kemasukan produk asing tersebut. Dengan peningkatan jumlah restoran tersebut,
pengusaha-pengusaha makanan yang berniaga samada melalui gerai atau restoran
biasa akan mengalami kesukaran untuk mempertahankan perniagaan mereka.
Walaupun ianya dilihat sebagai persaingan sihat, namun kerajaan juga harus memberi
peluang serta ruang kepada golongan ini untuk memajukan industri makanan tempatan.
Jika dilihat, ramai pengusaha-pengusaha yang tidak dapat bertahan lama dek kerana
persaingan sengit yang terpaksa dihadapi dengan francais makanan dari luar negara
tersebut.
Seiring dengan kemajuan teknologi, pelbagai alat serta mesin canggih telah berjaya
dicipta dalam bidang pemakanan ini.
tujuannya tidak lain dan tidak bukan, adalah :
untuk memudahkan kerja serta urusan yang dilakukan oleh manusia biasa. Biasanya
teknologi yang dicipta ini menjimatkan masa, tenaga, serta wang ringgit. Namun begitu,
disebabkan ledakan teknologi ini serta kemasukan produk makanan yang diimport
daripada negara luar, banyak makanan di pasaran diragui status halalnya. Contoh yang
dapat diambil ialah status halal produk tenusu daripada negara luar yang diragui status
halalnya kerana dikatakan menggunakan gelatin babi sebagai salah satu bahan adunan
dalam produk tersebut. Selain itu, kecanggihan teknolgi juga menyebabkan status halal
ayam mentah di pasaran diragui kerana terdapat laporan menyatakan ayam tersebut
tidak disembelih dengan cara yang betul.








Kesan Globalisasi Dari Sudut Media

Pemindahan teknologi ke negara akan bertambah pesat akibat globalisasi :
1.pelabur asing dengan mudah membawa teknologi baru ke Negara lain.
2.misalnya syarikat Microsoft ,acer,intel yang melabur di MSC.
3.Syarikat computer akan menjalankan R&d di MSC.
4.Rakyat kita yang turut berlatih akan menjadi mahir setelah dilatih.
5.mereka lambat laun akan mampu menerap teknologi canggih asing.
6.dalam jangka panjang Malaysia akan mampu menciptakan R&D sendiri.
7.membolehkan pertukaran idea,ilmu dan maklumat yang berguna.

Media Elektronik
Kehidupan manusia yang melalui liku-liku arus pemodenan mutakhir ini tidak terlepas
daripada penggunaan media elektronik dalam kehidupan seharian samada secara
langsung atau tidak langsung. Media menurut kamus dewan edisi ketiga bermaksud
alat atau perantara komunikasi. Contoh media elektronik ialah radio, televisyen,
komputer dan telefon bimbit. Alat-alat ini berfungsi sebagai medium perhubungan serta
alat untuk menyebarkan maklumat dengan pantas dalam masa yang singkat. Kemajuan
teknologi dalam media elektronik memang tidak dapat dinafikan lagi serta membawa
banyak faedah kepada manusia. Melalui media elektronik, manusia dapat berhubung
antara satu sama lain dengan hanya menekan beberapa butang sahaja. Contoh alat
perhubungan tersebut ialah telefon bimbit dimana seseorang itu dapat berhubung
dengan manusia lain yang duduk berjauhan beribu-ribu kilometer dengannya.
Peningkatan teknologi penciptaan telefon mudah alih juga melahirkan model telefon
yang menampilkan kemudahan internet dimana sahaja seseorang itu berada. Begitulah
hebatnya teknologi. Melalui media elektronik, kita akan sentiasa mempunyai sumber
maklumat terbaru mengenai perkara-perkara yang berlaku di sekitar kita dan lain-lain
maklumat. Maklumat ini biasanya disampaikan melalui segmen berita yang penuh
dengan informasi terkini. Penyebaran maklumat dengan pantas ini dapat menyediakan
setiap orang untuk melakukan tindakan sewajarnya. Namun begitu, bukan kebaikan
semata-mata yang dibawa oleh media elektronik. Melalui media elektronik, ramai
remaja yang terpengaruh dengan gejala serta aktiviti yang tidak bermoral yang ditonton.
Bermula sebagai hiburan, lama-kelamaan program-program hiburan menjadi ikutan
remaja pada masa kini. Selain itu, melalui media elektronik juga tersebarnya perkara-
perkara yang tidak sepatutnya seperti fitnah, kutukan, malahan laman-laman porno juga
tidak ketinggalan. Aktiviti-aktiviti kurang sihat ini jika tidak dibendung bakal mengundang
keburukan yang lebih besar seperti jenayah siber, kejadian sumbang dan lain-lain lagi.

Media Cetak
Media cetak merupakan salah satu medium perhubungan terpenting di Malaysia.
Contoh media cetak ialah surat khabar, majalah, risalah, dan buku. Media cetak juga
mempunyai fungsi yang hampir sama dengan media elektronik dimana ia berfungsi
menyebarkan maklumat kepada umum. Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat
Malaysia membeli serta membaca surat khabar setiap hari dan perbuatan ini sudah
menjadi amalan harian. Untuk menampung permintaan tinggi daripada pembaca,
pelbagai teknologi canggih digunakan dalam percetakan surat khabar. Kilang-kilang
percetakan juga bertambah dari semasa ke semasa. Perkembangan ini mendatangkan
pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia. Pembukaan kilang-kilang baru semestinya
memerlukan tenaga kerja serta tenaga mahir untuk menggerakkan operasi. Justeru,
pelbagai peluang pekerjaan akan diperolehi oleh penduduk setempat seterusnya
mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.
Selain daripada surat khabar, terdapat berbagai lagi media cetak yang lain yang
terdapat di pasaran seperti majalah. Majalah pula datang dengan pelbagai bentuk serta
tujuan. Ada majalah mengenai pendidikan, fesyen, hiburan, kartun, dan lain-lain lagi.
Kepelbagaian bentuk bahan bacaan ini memberi lebih kebebasan kepada kita dalam
memilih bahan bacaan. Selain itu, majalah-majalah ini amat senang untuk diperolehi
memandangkan terdapat banyak gerai yang menjual majalah di luar sana. Namun
begitu, jika kemudahan serta kelebihan ini disalahguna, buruk padahnya. Ramai kita
lihat golongan di luar sana terutamanya golongan remaja yang terpengaruh dengan

                budaya barat samada cara berhibur mahupun cara berpakaian. Pengaruh ini tersebar
salah satunya melalui media cetak seperti majalah hiburan serta majalah fesyen yang
banyak memaparkan gaya fesyen dari barat yang bertentangan dengan adat timur serta
hukum berpakaian dalam Islam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar